IPOH - KAPSUL, EXTRACT & BIJI APRIKOT, KELAS MASAKAN, TEMPAHAN KUIH TALAM & COKLAT DI IPOH

MY FOLLOWER

Tuesday, May 15, 2012

Kelas Nasi Lemak Kukus 27 May 2012

27 May 2012 , Ahad Kelas Nasi lemak Kukus. (10.00am- 2.00PM) Lokasi di Taman Lapangan Melodi, Ipoh, Perak Peserta akan diajar cara-cara: 1) Menyediakan Nasi Lemak kukus 2) Nasi Lemak Ekspress 3) SambIbu sambal 4) 4 jenis lauk pauk - sambal ayam/ sambal sosej/ sambal telur dan sambal ikan bilis. Ibu sambal boleh diguna utk pelbagai jenis masakan - asam pedas, cencaru sumbat, nasi goreng, mee goreng etc. Yuran : RM80 Deposit sebanyak RM20 diperlukan utk pengesahan tempat. Bank in ke maybank 1029393737 Saidah samadi Sila bawa bekas utk membawa pulang makanan yg telah dimasak. Berminat sila hubungi 013-5282194.






















Tuesday, January 17, 2012

5 FEB 2012 - KELAS TALAM DI IPOH

Salam

Kelas Kuih Talam akan diadakan di Gunung Rapat Ipoh, Perak pd 5 Feb 2012 dari jam 9.30 pagi - 3.00 petang

RM80 utk 6 jenis kuih talam + 1 bonus resepi.
Jenis2 kuih talam yg akan diajar:

1) Sri Muka Pandan
2) Talam Keladi
3) Talam Suji
4) Talam Pandan
5) Talam Tokyo
6) Talam Jagung


Berminat sila hubungi saya di 0135282194. Deposit sebanyak RM20 diperlukan utk pengesahan tempat. bank in di 108029393737 Maybank.

Monday, January 9, 2012

HOMEMADE CHOCOLATE





Saturday, December 31, 2011

29 JAN 2012 - KELAS NASI LEMAK KUKUS DAN IBU SAMBAL

Salam

Kelas nasi lemak kukus, nasi lemak segera dan ibu sambal akan diadakan pd 29 Jan 2012. LOkasi di Ipoh, Perak. akan diajar juga cara-cara menyediakan 2 lagi jenis lauk utk nasi lemak ( sambal ayam dan sambal telur/sambal sosej)
Yuran : RM80

Thursday, December 15, 2011

KELAS KUIH TALAM MAC 2012

Salam

Kelas Kuih Talam akan diadakan di Taman lapangan Melodi Ipoh pada 4 Mac 2012 bermula dari jam 9.30 pagi - 2.30 petang.


RM80 utk 6 jenis kuih talam + 1 bonus resepi.
Jenis2 kuih talam yg akan diajar:

1) Sri Muka Pandan
2) Talam Keladi
3) Talam Suji
4) Talam Tokyo
5) Talam Gula Merah
6) Talam Jagung

Bank in kan deposit RM20 sebagai pengesahan tempat ke maybank 108029393737
Berminat sila hubungi saya di 0135282194. Sila bawa bekas bersama .

Sunday, October 30, 2011

MY KELAS KUIH TALAM



More cup cakes

Cupcakes



Inilah hasil keras tanganku mendeco cupcakes..






* Moist Chocolate Cake.

* Bahan A ( Diayak Bersama ) : -

280g Tepung Gandum
40g Serbuk Koko
2 Sudu Teh Serbuk Penaik
1 Sudu Teh soda Bikarbonat

* Bahan B : -

2 Sudu Teh Nescafe ( larutkan Dengan 1 Sudu Teh Air panas )
280g Marjerin
200g Gula Halus
5 Biji Telur Ayam
1 Sudu Teh Esen Vanila
250g Coklat Masakan ( Dicairkan )
1/4 Cawan Air Sejuk ( Betul2 Sejuk )


* Cara Penyediaannya : -

1. Pukul marjerin dan gula hingga kembang.Masukkan telur satu demi satu dan pukul sebati setiap kali telur dimasukkan.
2. Masukkan esen vanila, adunan nescafe serta coklat masakan yang telah dicairkan dan kacau.
3. Masukkan adunan tepung sedikit demi sedikit dan diselang-selikan dengan air sejuk dan dikacau sebati.
4.Masukkan ke dalam acuan kek.bakar dalam ketuhar yang bersuhu 180c selama 1 jam 30 minit.Angkat dari ketuhar dan sejukkan.siap untuk disajikan.

sumber Chef Arm

Tuesday, October 25, 2011

Homemade Kek Lapis Sarawak ( Ipoh mali) utk tempahan dan kelas di Ipoh



Kek Lapis sarawak - masam manis



Kek Lapis Sarawak - walnut




Kek Lapis sarawak - buah prune



Kek Lapis sarawak - tembikai

Semua kek bersaiz 9" x 9"

FRUIT TART - UTK KELAS DAN TEMPAHAN




Tempahan utk hantaran dibuka dgn harga RM2.80 sebiji ( tidak termasuk kos hantaran). Utk Kelas tartlet dibuka di Ipoh dgn harga RM100 utk 4 jenis tart. Berminat boleh SMS

ROTI WHOLEMEAL DAN ROTI BIASA

650\a

Sajer jer buat roti kawin ni sebab emak nak makan wholemeal tapi si anak tak nak makan i holemeal. Selalu kalau beli roti gardeia, emak selalu kalah pada anak-anak. So utk selesaikan masalah, jadilah roti kawin ni, buat satu loaf dua-dua boleh makan. Kalau nak makan wholemeal bread bleh, roti biasa pun boleh.

Saya uli guna mixer trio, murah jer dan praktikal, tak payah nak beli mahal-mahal.

Harga trio mixer tu murah jer RM650. Kalau ada sesiapa nak order inform/ call/sms ler..hehe sempat tu promosi.

FEATURES & SPECIFICATIONS
- 4 Speeds electronic soft touch buttons with indicator light
- Removable stainless steel bowl & additional splash guard lid
- Tilt-back locking head for easy access to mixture
- Accessories: beater, whisk & dough hook
- Max Power: 1150W
- Capacity: 5.0L
- 4 Speed Electronic controller
- Stainless steel bowl
- Powerful & quiet motor
- Easy to operate





Utk resepi wholemeal bread spt dibawah;
Saya buat setengah aduan juga/

Bahan-bahan ( 1 loaf )


270g Tepung Protin Tinggi
90g wholemeal
2sb Gula Perang
1 1/2 st Garam
2sb Butter
1 1/2 st Yis Segera
40 gram gula

Cara-cara

Cara-cara

Campur kesemua bahan kecuali air, guna speed 1 sehingga ia digaul rata. Masukkan air sedikit demi sedikit hingga rata uli hingga menjadi doh yg lembut. Saya guna speed 3.
tutup dgn plastik & rehatkan selama kira-kira 20 minit
tumbuk doh untuk mengeluarkan udara, Masukkan kedalam loyang pembakar roti empat segi bujur berpenutup yg telah disapu mentega
rehatkan doh selama kira2 45minit/ 1 jam atau sehingga doh naik & hampir memenuhi ruang loyang
bakar pada suhu 200C kira2 45minit.


Utk portion roti manis saya guna jer setangah adunan dari resepi dibwh:

Bahan-bahan

500g tepung roti
25g mentega
25g shortening
20g gula
10g yis kering
secubit garam
air
40 gram gula
1 sudu susu sejat

Cara-cara

Campur kesemua bahan kecuali air, guna speed 1 sehingga ia digaul rata. Masukkan air sedikit demi sedikit hingga rata uli hingga menjadi doh yg lembut. Saya guna speed 3.
tutup dgn plastik & rehatkan selama kira-kira 20 minit
tumbuk doh untuk mengeluarkan udara, Masukkan kedalam loyang pembakar roti empat segi bujur berpenutup yg telah disapu mentega
rehatkan doh selama kira2 45minit/ 1 jam atau sehingga doh naik & hampir memenuhi ruang loyang
bakar pada suhu 200C kira2 45minit.





Sunday, October 16, 2011

TRIO STAND MIXER RM650 TERMASUK KOS PENGHANTARAN



FEATURES & SPECIFICATIONS
- 4 Speeds electronic soft touch buttons with indicator light
- Removable stainless steel bowl & additional splash guard lid
- Tilt-back locking head for easy access to mixture
- Accessories: beater, whisk & dough hook
- Max Power: 1150W
- Capacity: 5.0L
- 4 Speed Electronic controller
- Stainless steel bowl
- Powerful & quiet motor
- Easy to operate




Thursday, October 13, 2011

CHEESE CAKE

Bahan-bahan ( 18cm )

250g cream cheese
200g sour cream/plain yogurt
30g butter
*40g gula halus
*20g susu pekat manis
*20g madu
2 biji telur kuning
1 biji telur
100ml fresh cream
50ml fresh milk
25g corn starch
1/2 biji lemon jus
1/2 biji kulit lemon
10 titik vanila oil

Cara-cara
Panaskan oven pada suhu 180C. Cream cheese, butter dan telur mesti berada pada suhu bilik.
Letak cookies padat-padat ke dalam loyang. (RUJUK RESEPI COOKIES SPT DIBAWAH)

Letak cream cheese dan butter ke dalam mangkuk.
Pukul sehingga menjadi cream.
Masukkan bahan yang bertanda (*). Pukul lagi 1-2 minit.
Masukkan sour cream. Mix hingga sebati.
Sagat Kulit lemon

Masukkan pula (ikut turutan), telur kuning-> telur semua -> corn starch -> fresh cream -> fresh milk -> lemon -> vanila. Kacau biar sebati.

Tapiskan adunan masuk ke dalam loyang yang mengandungi cookies. Buang kulit lemon yang terlekat pada penapis.

Letakkan loyang berisi adunan ke dalam loyang yg lebih besar yg berisi air.
Bakar kek pada suhu 180C selama 10 minit.
Turunkan suhu kepada 150C. Bakar lagi selama 60 minit.
Biarkan sejuk di dalam loyang.

Sejukkan kek ke dalam peti sejuk.
Bila dah sejuk, keluarkan dari loyang. Kemudian simpan dalam peti ais. Biarkan sehari sebelum dimakan untuk menikmati keenakkan cheesecake ini.

Resepi Base cookies
Bahan-bahan ( 18cm )
70g tepung gandum
10g cocoa powder
40g gula halus
50g butter/shortening
10-20ml fresh milk/air - adjust kekerasannya
Cara-cara Masukkan semua bahan-bahan dari atas ke bawah ke dalam beg plastik. Ramas-ramas biar semuanya bercampur.
Canaikan biar setebal 5mm
Letak di atas oven plate. Kemudian buka beg plastik. Tarik keluar plastik bahagian bawah dengan perlahan. Kalau doh melekat boleh letak sekejap dalam peti ais.
Buat jalur-jalur seperti dalam gambar supaya senang nak ambik
Kemudian bakar dalam oven pada suhu 180C selama 12minit. Keluarkan dan sejukkan.
Bila dah sejuk tu, masukkan ke dalam loyang. Tekan biar patah-patah/hancur dengan belakang gelas.
Cheesecake yg guna coaco cookie



Wednesday, October 12, 2011

KELAS TALAM

Salam

Pada warga Ipoh dan kawasan yg berdekatan, Kelas Talam akan diadakan di Ipoh pada 23 Oct 2011 dari jam 9.00 pagi - 2.00pm. Sila sms saya di 0135282194 utk mendapatkan alamat. Yuran RM80 utk 7 jenis kuih talam.




WANTAN GORENG


Bahan-bahan:

1/2 biji putih telur
1 sudu kecil kicap cair
1/2 sudu kecil gula
150 gm udang/isi ketam/ayam
1 pokok daun bawang
150 gm kulit wantan
1 biji telur - dipukul
Secubit garam
Sedikit serbuk lada sulah
Minyak untuk menggoreng


Cara menyediakan:

1. Bersihkan udang, isi ketam atau ayam.

2. Perapkannya dengan putih telur, kicap cair, gula, garam dan serbuk lada sulah selama 1/2 jam.

3. Letakkan inti ini di tengah-tengah kulit wantan.

4. Sapukan telur yang telah dipukul di hujung kulit wantan.

5. Kemudian cantumkan mengikut bentuk yang disukai.

6. Goreng dalam minyak yang panas sehingga warna keemasan.

7. Hidangkan bersama sos cili (resipinya di bawah).


Sos Cili

Bahan-bahan:

6 biji cili merah
2-4 ulas bawang putih
1/2 cawan air
1 sudu besar sos tomato
1/4 sudu besar cuka (jika suka)
1/2 sudu besar gula
1/4 sudu kecil garam


Cara menyediakan:

1. Kisar cili dan bawang putih hingga halus.

2. Masukkan sos tomato, cuka, gula dan garam.

3. Masak selama 5 minit atau renehkan hingga dapat kepekatan yang sesuai.

WANTAN GORENG

Bahan-bahan:

1/2 biji putih telur
1 sudu kecil kicap cair
1/2 sudu kecil gula
150 gm udang/isi ketam/ayam
1 pokok daun bawang
150 gm kulit wantan
1 biji telur - dipukul
Secubit garam
Sedikit serbuk lada sulah
Minyak untuk menggoreng


Cara menyediakan:

1. Bersihkan udang, isi ketam atau ayam.

2. Perapkannya dengan putih telur, kicap cair, gula, garam dan serbuk lada sulah selama 1/2 jam.

3. Letakkan inti ini di tengah-tengah kulit wantan.

4. Sapukan telur yang telah dipukul di hujung kulit wantan.

5. Kemudian cantumkan mengikut bentuk yang disukai.

6. Goreng dalam minyak yang panas sehingga warna keemasan.

7. Hidangkan bersama sos cili (resipinya di bawah).


Sos Cili

Bahan-bahan:

6 biji cili merah
2-4 ulas bawang putih
1/2 cawan air
1 sudu besar sos tomato
1/4 sudu besar cuka (jika suka)
1/2 sudu besar gula
1/4 sudu kecil garam


Cara menyediakan:

1. Kisar cili dan bawang putih hingga halus.

2. Masukkan sos tomato, cuka, gula dan garam.

3. Masak selama 5 minit atau renehkan hingga dapat kepekatan yang sesuai.